Follow Dashboard
Little Thing..
About Affiliates Entry
//Sebiru Hari Ini

Kisah detik-detik terakhir sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w
Saturday 23 February 2013 • 2:30 pm • 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Ouuuhh tidak. Kenapa dengan aku semalam ? Aku tak faham. Kenapa aku sebegitu touching ? Semalam lepas baca Surah Yassin, ada sedikit tayangan. Detik-detik Menjelang Kewafatan Rasulullah. Selama ni, kalau tengok video sedih ke, baca cerita sedih ke, at least air mata ni jatuh 5-6 titik je. Tapi semalam.... Rasa sedih tu level yang teratas. Level yang sama apabila aku cuba tahan marah yang teramat sangat, rasa sedih yang teramat sangat. Masa mula-mula tayangan tu okey. Tapi lama-lama..... Entah la. Dengan background muziknyaa..

"Kuwariskan kepada kalian dua perkara, Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa yang mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku" -Rasulullah S.A.W

Masa ni, dalam hati berkata 'Ouuhh.. Maknanya kalau ikut sunnah Rasulullah, aku mencintai Rasulullah la ? okey okey..'

Khutbah singkat itu diakhiri dengan  pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
'Urrrmmm...'

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca.

'Laaaa.. Kenapa pulak ni ?' #masihtakfaham

Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.

'Aku ni dah kenapa tiba-tiba sebak camni..'

Usman menghela nafas panjang. Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

#airmatabergenang 'Bella...tahan bella, tahann... Ni dah kenapa tiba-tiba nak nangis ni...'

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

'Saat apa pulak ni.. ? Apesal aku makin sedih pulak ni ?'

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua." keluh hati semua sahabat kala itu.

Masa ni laa. Air mata berguguran. Bukan setitik, tapi dua. Hati rasa sebak sangat. Sedih teramat sangat. Bila  baca 'Rasulullah akan meninggalkan kita semua', entah. Tak tau nak describe macam mana. Aku rasa seakan-akan orang yang paling aku sayang, akan tinggalkan aku. Rasa sedih sangat. Aku tak tau kenapa dengan aku masa tu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia ini. 

Setitik air mata gugur lagi.

Tanda-tanda itu semakin kuat. Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan goyah dan lemah ketika turun daripada mimbar.

Setitik air mata gugur. Setitik dan setitik dan seterusnya..... Sampai akhir tayangan. Masa dengar lagu In-Team tu pun menangis lagi. Bila balik kelas, malu juga. Semua orang tengok. Mungkin terlalu ketara kemerahan kat hidung, mata n muka. Lagi-lagi muka aku putih, memang ketara la. Entah apa la yang ada dalam hati dorang. Mungkin kata aku over tacing, atau poyo menangis bagai. Dari reaksi muka yang aku lihat la.. Dan dari reaksi mata diorang. Entah la. Tak berani nak kata apa-apa.

Aku bukan tak cuba untuk tahan, aku dah cuba. Tapi makin ditahan, makin teruk jadinya. Malunya laaahhhhh.. *tutupmuka*. Aku masih tak faham sampai sekarang. Kenapa entah aku sebegitu sedih, sebegitu hiba, sebegitu sebak, sebegitu rasa kehilangan. Mungkin hati aku yang terlebih tacing kot. Maybe.. tak berani nak cakap apa-apa.

Di sini, aku sertakan tayangan video. Lain sikit la daripada apa yang aku tengok semalam. Maaf la entry kali ni membosankan. Sekadar nak berkongsi betapa Rasulullah mencintai kita. Saat sakaratul maut, Rasulullah masih mengingati kita. Kita pula bagaimana ? Muhasabah la diri kita. Adakah kita tulus mencintai Allah dan Rasulullah ? Atau sekadar mulut sahaja yang berkata-kata, tapi hati kata lain ? Buktikanlah. Assalamualaikum..






p/s : Sebenarnya, yang aku tulis tu sebahagian daripada tayangan sahaja. Nak tengok keseluruhan, tengok la. :)


PASTFUTURE
Hello;


Hi *wave hand* . Welcome to my site. Nice to meet you :)

Shout !


Memory
Forget what hurt you in the past. But never forget what it taught you :)
  • Busy busy busy
  • 2013..
  • Arrrggghhhh !!!
  • Story about 'Harta Karun'
  • Uuuuuuuu..
  • Gangster kah ?
  • Ouch ! My eyes..
  • Senyum :)
  • No Title.
  • I'm sorry..

  • Big Clap!
    Template :Masterly_elmo
    Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
    Pictures : We Heart It
    Best View : Google Chrome