Follow Dashboard
Little Thing..
About Affiliates Entry
//Sebiru Hari Ini

Busy busy busy
Saturday 19 January 2013 • 10:26 pm • 0 comments

Assalamualaikum..

Akhirnya ! Dapat juga tulis entry baruuu.. Sepanjang 3 minggu ni, aku memang sibuk memanjang. Sibuk sangat ke ? Ntah. Kadang-kadang saja menyibukkan diri. Bila takde kerja, saja buat kerja. Bila ada kerja, hurrmmm.. No komen. haha.  Sekarang ni, entah sejak bila entah aku rajin naik ps kat tingkat empat tu. hoho. Baru je start isnin lepas. Azam baru kah ? haha. Nope. Motif utama : Kalau balik rumah awal, mesti petang tidur. Baik duduk ps. hehe.. Sebenarnya aku duk ps tu memang tak ajak sape-sape. Tapi, ntah. Kebetulan. Mesti ada kawan yang temankan. hehe..

Oh yeee.. Kucing aku. Kucing yang dulu ada 9 ekor, sekarang tinggal 7 ekor. 4 kucing besor, 3 ekor cuteee kittens. Kontot, kucing yang comey lotey da hilang. Ya ya ya. Dia sakit. Mungkin sebab tak nak aku sedih. Jadi dia pun blah. Kontot aku punya. Panjang kucing yang geddiiikkkss tu adik aku punya. haha. Oh ya, Panjang buta sebelah. Sebelum aku nak periksa PMR aritu, sebelah mata Panjang terkeluar. Haha. Ngeri tak ngeri, aku respect Panjang. Sampai sekarang sihat walafiat lagi. 

Tapi, tu la. Kadang-kadang, dengar bunyi ketung ketang kat pintu. Berlanggar dengan pintu. Nta pape nta. Pintu besar gedabak tu pun tak nampak. -.- . Lagi sekor, my cute kitten mati. Kena langgar. Ini pertama kali dalam sejarah keluarga aku kucing kena langgar dengan kereta sendiri. Dah berapa tahun aku bela kucing, ni la kali pertama. Sedih, sentap, geram, semua ada. Nama kucing ni special sikit. Namanya Mitty. Masa mula-mula, aku ingat nak panggil skunk je. Sebab warna kat muka n badan sama. haha. Tapi tak jadi. Nama mempengaruhi fizikal n mental seseorang yee.. Macam kontot n panjang. Masa pilih nama tu tak fikir pun. Kesudahannya, ish3.. lu pikir la sendiri. hehe.. 




Mitty. Mitty. Masa tu nak pergi sekolah. Pagi tu ada merentas desa. Setiap pagi, memang ayah aku bagi kucing makan. Biar kucing-kucing tu tak menyibuk time nak keluarkan kereta dari garaj. Tapi entah la. Macam mana entah Mitty sekor je yang ada kat tayar kereta. Huhh.. Perkataan 'Ya Allah' memang tak henti-henti keluar dari mulut aku. Tak tau nak cerita macam mana. Tapi memang... urrmmm.. Tengok dia terkejang-kejang, seksa sangat. Dalam kereta, otw nak pergi sekolah, diam. Diammm je. Sampai aku nak cakap tak boleh. Suara aku, serak. Haiyyoo.. 

Nak buat macam mana kan. Memang ajal dia. Terima dengan redha. Ni pun, 7 ekor masih banyak ni. haha. Penat menaip. Aku nak letak gambar,terasa malas. Nak masuk laptop, upload lagi.. Lama bangeettt.. Esok lusa la. hehe. Maaf ya entry kali ni tak best. Tak tau nak cerita pasal apa. Lebih baik cerita pasal diri sendiri, pasal kucing yang memboringkan daripada cerita benda yang hanya menyakitkan hati. Banyak sebenarnya. Banyak sangat rasa geram, sedih kat orang tu, orang ni. Tapi sbb ingat kata-kata masa usrah aritu: 

Nabi SAW bersabda : "Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang muslim maka Allah menutupi kesalahannya di dunia dan di akhirat. (HR Ibn Majah)

Assalamulaikum.. :)




PASTFUTURE
Hello;


Hi *wave hand* . Welcome to my site. Nice to meet you :)

Shout !


Memory
Forget what hurt you in the past. But never forget what it taught you :)
  • 2013..
  • Arrrggghhhh !!!
  • Story about 'Harta Karun'
  • Uuuuuuuu..
  • Gangster kah ?
  • Ouch ! My eyes..
  • Senyum :)
  • No Title.
  • I'm sorry..
  • Atotoh.. :D

  • Big Clap!
    Template :Masterly_elmo
    Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
    Pictures : We Heart It
    Best View : Google Chrome