Follow Dashboard
Little Thing..
About Affiliates Entry
//Sebiru Hari Ini

2013..
Friday 4 January 2013 • 10:41 pm • 0 comments



Assalamualaikum 2013..


Uittt.. Apa khabar kalian semua ? haha. Pejam celik pejam celik, dah masuk 2013. Kejap je rasanya. Aku rasa baru je semalam struggle sungguh-sungguh nak hadapi PMR. Baru je semalam tangan menggeletar masa nak jawab soalan. Baru je semalam aku menangis sebab aku tengok mak aku menangis time dapat result. Baru je semalam gurau dengan kawan-kawan. Baru je semalam gelak nangis marah geram happy. hoho.


Permulaan 2013, sedikit sedih. Sebab apa ? Tak dapat satu kelas dengan Hanis. huuuuu.. Masa dapat tau masuk kelas sc 2, rasa macam nak nangis je. Diam je aku. Haha. Pura-pura happy. Tak banyak cakap. Angguk geleng je. Huhu. Tapi lama-lama, boleh terima keadaan. Ada sebab ya kenapa aku masuk sc 2, bukan sc 1. Cikgu dah bahagikan kelas sesuai dengan keputusan murid-murid.

Anda kena cermin diri anda dulu. Adakah anda layak masuk sc 1 sedangkan bi anda dapat B ? haha. Motivasi pada diri sendiri. Tak payah nak kecewa sangat la. Okey apa sc 2. Lama-lama rasa bersyukur juga. Nasib baik masuk sc 2. Budak-budak sc 1 semua pandai-pandai-pandai belaka. haha. Tapi rasa pelik sikit la. Budak-budak sc 2 ni, terlalu baik la. Aku rasa pelik yang teramat.

Kalau dulu, pantang cikgu takde, mesti kelas bising. Tapi kali ni, haha. Mungkin takde kawan nak berbual. Atau mungkin awal-awal je jaga perlakuan. Lama-lama nanti tunjuk taring. hoho. Sampaikan bila kelas aku senyap, boleh dengar kelas sebelah bising. Kelas apa ye ? *angkat kening* . Dan tadi aku ada terdengar, masa tu ada dua orang budak lalu luar kelas, dan diorang berkata "Senyap gila la kelas ni". Padahal masa tu takde cikgu pun. haha. Baik tak kitorang ? uhuk uhuk.




Apa ya azam tahun ni ? Aku baru list 2. haha. Yang pasti azam nak tinggi tu tak boleh diguna pakai lagi sebab ketinggian aku akan kekal sampai bila-bila. T_T . Never mind. Bersyukur la Bella. Mana la tau kut-kut kalau aku tinggi sangat nanti, nak masuk pintu bilik pun tak muat. Sebab tu ketinggian rendah sebegini. haha. Rendah sangat ke ? Aku rasa sederhana. haha.

Baca entri lepas ? haha. Otak mereng sungguh. Dah mampu kawal perasaan dah. Bagi sesiapa yang mengalami simptom seperti aku tu, boleh dengar lagu Atas Nama Cinta - Unic. Bukan Rossa ye.. haha. Aku dah lama dah dengar lagu ni. Sejak 2 tahun lepas lagi. Cuma tak hayati maksud lirik. Dengarlah. Muhasabah diri sikit ye.


Mampu ke aku ? Aku perlukan seorang kawan yang sedarkan aku bila aku buat salah, yang ada pada waktu susah dan senang. Aku berubah sedikit demi sedikit juga kerana dia. Bagi motivasi, nasihat. Dan aku ikut. Dan yang paling aku tak percaya, bila aku marah, aku berjaya tenangkan hati. Dan perlahan-lahan mengukir senyuman. Haha. Takut. Sekarang dah mula berubah sdikit demi sdikit. Tapi kalau takde siapa yang bimbing, aku takut aku kembali lalai. Takut sangat. Tapi aku percaya, kalau kita berusaha, Insyaallah. Hidayah tu datang daripada Allah. Kena la sentiasa berdoa. Terima kasih Allah. Dan terima kasih kawan. Dan terima kasih Contengan Jalanan. :)



Okey la. Mintak diri dulu. Assalamualaikum..


 


PASTFUTURE
Hello;


Hi *wave hand* . Welcome to my site. Nice to meet you :)

Shout !


Memory
Forget what hurt you in the past. But never forget what it taught you :)
  • Arrrggghhhh !!!
  • Story about 'Harta Karun'
  • Uuuuuuuu..
  • Gangster kah ?
  • Ouch ! My eyes..
  • Senyum :)
  • No Title.
  • I'm sorry..
  • Atotoh.. :D
  • Penatnyeeee... -,-'

  • Big Clap!
    Template :Masterly_elmo
    Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
    Pictures : We Heart It
    Best View : Google Chrome