Follow Dashboard
Little Thing..
About Affiliates Entry
//Sebiru Hari Ini

Headache..
Saturday 21 July 2012 • 6:07 pm • 0 comments


Assalamualaikum..
Opppsss ! Nampaknya hari tu bukan entry yang terakhir la.. haha ! Nak citer sikit. Kisah seram, lawak dan kisah yang membuatkan aku hampir nak gila. Can I start now ? Thank you.. :)

Kisah seram..
Hari Khamis haritu, aku and ayah aku ambil kakak aku kat Klang Sentral. Kakak aku call pukul 12 tengah malam. Dia kata dah nak sampai Meru. Aku and ayah aku keluar rumah pukul 12.05. Dah sampai kat satu selekoh, ayah aku tiba-tiba cerita..

Ayah : Haritu masa ayah balik pukul 12 malam, depan ayah ada van jenazah. Masa tu kat selekoh sini la. Jalan gelap........... (senyap.ayah aq concentrate memandu)
Aku : Lepastu ? (jantung dah dugdapdugdap)
Ayah : Masa van tu nak belok.... (ayah aq senyap lagi)
Aku : Apa jadi ? (aq mula fikir benda yang bukan-bukan)
Ayah : Tiba-tiba ada tangan keluar..
Aku : ....(senyap).. Tipu la...
Ayah :  Betul la ! Tangan driver tu yang keluar sebab dia nak belok. Bukan tangan mayat tu.. Kan dah mati. Mana boleh gerak.. Hahaha !
Aku : Urrkkk ? (wat muka kerang busuk) dalam hati dah berkata (apa la ayah ni ! Tengah2 malam buat lawak seram pulak..bikin saspen je)

Tapi bila difikir balik, salah aku la. Yang fikir bukan-bukan tu pasai apo ? Ayah aq tak habis citer lagi dah fikir bukan-bukan. Ngaaaaa~~
#citer tak seram mane pun..saje je bikin saspen. haha !


Kisah lawak
Haritu, aku bukak youtube. Aku tengok video klip lagu Untuk Dia- Sleeq ft Najwa. Sementara tengah loding, aku bacelah komen kat situ. Salah satu komennya ..

Dulu masa aku first time dengar lagu ni, aq dengar 'untuk dia' = 'oh tok dia'..
'Untuk aq' plak = 'oh tok aku'
hahaha !

Buat lawak antarabangsa betul la orang tu ! Mase tu aku dah gelak terguling-guling dah. Ngahaha !
#lawak ke? bagi aku lawak la. tatau la korang rasa lawak ke tak.. :P


Kisah yang membuatkan aku hampir nak gila.
Apa ni ? Apa semua ni ? Aku tak faham ! Betul-betul tak faham ! Korang ni sebenarnya macam mana ? Heeeeee~~ Tiba-tiba aku rasa dipermainkan tau tak. Malam tadi, malam yang betul-betul membuatkan aku tak boleh tidur. Budak yang aku mesej tu pulak, tiba-tiba kaitkan aku dengan budak lagi sorang tu. Ape ni ? Tak pernah-pernah kaitkan aku dengan budak tu, tiba-tiba je. Jujur aku kata, dari malam tadi sampai la sekarang, aku masih fikir pasal tu.


Disebabkan aku tak tahan asyik kene sakat je, dah geram tahap gaban, aku lepaskan geram secara.... secara... ntah ! aq pun tak tau secara apa.. Baca la kat bawah.


Berita hangat dan sensasi !
MERU- Seorang pelajar Meru (budak yang aq mesej) dijumpai di loji dengan mulutnya punuh dengan cili. Hasil siasatan mengesahkan bahawa mangsa begitu kerana mulutnya sering cakap ntah pape. Suspek yang juga kawannya (aq) sempat berkata 'kalau dia cakap benda mengarot lagi, apatah lagi berkaitan dengan *** , tau la apa aq nak buat !'

Korang faham tak apa aku tulis ni ?haha ! Mase tu tengah geram. Aku wat berita pun ntah pape punya berita. Tak faham sudah. Biar aku ngan budak tu je faham.


Aku tak suka la.. Tak suka.. Tak suka orang berahsia dengan aku. Semua benda aku dah cerita kat dia, tapi dia nak rahsia dari aku. Takpelah. Aku sedar aku ni sape. Lantak dia la nak citer ke tanak. Aku ni sape nak paksa-paksa. Never mind. Lagi satu, kalau nak lepaskan geram pun, apa kata lepas geram depan-depan ? Kalau aku ada buat salah, apa kata kau slowly talk dengan aku ? Sekurang-kurangnya aku dapat perbaiki kesalahan aku. You know what ? Hati aku lebih sakit bila dapat tau yang kau marahkan aku, tapi lepaskan geram kat tempat lain. Aku lagi la terasa. #apemendeakumengarutni? What ever la..
p/s : entry ini tidak ada kaitan dengan budak yang aku mesej tu ya..harap maklum.




Lastly, aku minta maaf banyak-banyak jika aku terkasar bahasa, cakap ntah pape, marah tak tentu hala.. Aku bukan apa, aku tension sangat ni. I need some space. Aku pun tak nak fikir pasal korang, tapi otak aku ni yang nak fikir juga. Benda ni pun sebenarnya hal kecik je. Tapi bila banyak sangat masalah aku kena fikir, ini la jadinya. Sepanjang hari ni, aku tak buat apa-apa. Headache. Nak buat kerja sekolah pun tak larat. Otak aku ni dah sarat fikir pasal korang. Pening sangat ni.... Bulan Ramadhan, bulan yang mulia. Aku tak nak la marah-marah orang. Korang pun, janganla nak sakitkan hati aku. Tolong erhhh.. :)

Okay la. Aku gerak dulu. Selamat berpuasa ! Jaga sikit nafsu tu. Assalamualaikum.. :)

Aku minta maaf sekali lagi. Aku tak berniat nak sakitkan hati korang. Maaf sangat-sangat. Memandangkan nak trial ni, aku taknak la orang dendam kat aku. Tak senang duduk aku nanti. Aku manusia biasa. Tak pernah terlepas daripada kesalahan. Maaf erhh.. :')



PASTFUTURE
Hello;


Hi *wave hand* . Welcome to my site. Nice to meet you :)

Shout !


Memory
Forget what hurt you in the past. But never forget what it taught you :)
  • Pejam celik pejam celik.. #blink blink
  • What ? Me ? Slim ? o,0'
  • Apa itu KAWAN ?
  • And that's why I smile.. :)
  • I'm so happy !
  • Aku benci kau !
  • Since when ? -,-'
  • Revenge ?
  • Backstabber Friend !
  • Addicted Korea ^_^

  • Big Clap!
    Template :Masterly_elmo
    Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
    Pictures : We Heart It
    Best View : Google Chrome