Follow Dashboard
Little Thing..
About Affiliates Entry
//Sebiru Hari Ini

Addicted Korea ^_^
Thursday 7 June 2012 • 5:00 pm • 0 comments

Wooiiitt ! Assalamualaikum.. 
Piiuuhh ! Dah bersawang aku punya blog ni. Cuti sekolah pun tade masa nak update blog ke Bella ? huuuhhh.. Blog tak update, Twitter tak bukak, Facebook terbiar macam tu je. Apa cerita ni Bella ? Tiba-tiba hilang tanpa berita. hehe.. #gelak sumbing

Huuhh.. Actually, aku saja je tamau terlibat dalam laman sosial buat sementara waktu. Kenapa ? Sebab ada peristiwa yang tak akan pernah aku lupakan sampai bila-bila. Dan peristiwa ini terjadi di Facebook yang dah lama aku deactived. Yaaaa, kau betul Cira. Pandai ko teka. Aku memang dah deactived my facebook. Sebab apa ? Biar aku seorang saja yang tau. Perlu ke semua benda aku kena cerita kat orang ? Tak kan ? :)  And, aku pun rasa facebook semakin membosankan. Aku rasa aku deactived sampai habis PMR kot. hurrmmm.. Harap-harap cenggitulah.

Mengapa ini semua harus berlaku ? Adakah ini semua kerana diriku ? Huuuuuu.. Cuti sekolah ni, tau tak azam aku apa ? Sejak teacher kata trial bulan depan, aku dah berazam nak baca buku tau tak ! Tapi, kenapalah banyak sangat dugaannya ni ? Sedih la camni.. T_T . Haritu, sepupu aku yang sememangnya ada berlambak cerita korea, jepun, malay datang ke rumah aku. Kebetulan pula dia bawa benda apa ntah yang pasti cerita tu semua ada dalam tu. uuwwaaa.. Drama korea yang best-best ! Aku amik 4 cerita je. Boys Over Flower, City Hunter, Playful Kiss, and Secret Garden. Boys Over Flower tu aku memang dah ada tapi episod tak lengkap. City Hunter aku tak pernah tengok, jadi aku pun amik la. Playful Kiss pun tak pernah tengok. Yang sedihnya, takde subtitle !! Buat penat aku amik je. Secret Garden, saje nak amik memandangkan waktu malam aku tak boleh tengok cerita tu.

Wohoooo ! Cuti sekolah ni memang tiap-tiap malam aku tengok cerita Korea. Tapi, tengok cenggitu je. Skip dan skip. Berapa episod ntah aku tengok 5 minit je. Padahal 1 episod tu 1 jam. hehe.. Skip yang melampau. Takpe, aku tengok ala kadar je. Lepas PMR aku tengok puas-puas. Aku tengok Secret Garden best jugak. Lawak gila ! hahaha ! Betul cakap Hanis ! Lagi-lagi masa diorang berukar roh and pengarah and oska tau diorang bertukar. hahaha ! Aku memang gelak sorang-sorang depan laptop. Bila dah tengok cerita Korea, lagu pun mesti dengar jugak kan. Lepas aku tengok cerita tu je, lagu tu asyik aku nyanyi je. Nak tidur pun aku nyanyi. Fiiuuhhh.. Aku ni dah memang demam Korea la.. -,-'




Then, adela cerita yang lain. Aku ingat nak amik Personal Taste. Tapi cerita tu dah tengok. Tak jadi nak amik. Haaii Bella, nak cukupkan drama yang dilakonkan oleh Lee Min Ho ke ? haha ! Mane ada. Kebetulan je cerita yang best-best tu Lee Min Ho yang berlakon. Nak buat macam mana.. Semenjak aku amik cerita korea ni semua, malam-malam aku asyik mimpi indah je. Tak pernah-pernah aku mimpi Lee Min Ho, tiba-tiba malam tadi, indahnya !! haha ! Hanis dan Syahira, kita kan pernah masuk XD Theater yang Roaller Coaster tu.. hehe.. Aku mimpi Lee Min Ho selamatkan aku dari Roaller Coaster yang bahaya tu. haha ! Biasala tu. Mimpi memang tak logik. Tapi mimpi ni tak sweet sangat la..



Mimpi yang paling-paling manis ialah masa aku Form 1. Malam sebelum aku tidur, aku sajela tengok gambar jejaka kacak lagi handsome iaitu Kim Bum. Ntahh nape ntah aku tetibe nak tengok gambar dia. Then, malam tu aku mimpi..... Aku mimpi... hahaha ! Aku couple dengan Kim Bum, then aku gaduh dengan dia. Aku nangis. Aku balik rumah. Keesokan paginya, aku tengok Kim Bum ada kat depan rumah aku. Mula-mula dia bagi coklat dengan bantal bentuk love. Lepastu....... Then....... After that..... haha ! Dia keluarkan cincin and lamar aku. Gilaaaa kan ?Biasala tu. Mimpi memang tak pernah betul. Aku memang tak sangka gila dia boleh masuk dalam mimpi aku. haiisshhh.. Apa yang pasti, bangun tidur je aku memang senyum manis sampai ke telinga. Nasib baikk mulut aku ni tak terkoyak. : D Mimpi indah tu aku alami masa Form 1. Masa tu phone aku yang hilang tu masih ada lagi. Wooww. Lama jugak tu. Biasanya, mimpi ni cepat kita lupa kan ? Tapi mungkin sebab mimpi tu sangat indah bagi aku. hehe..

Okeyy la beb ! Aku chow dulu la. Bye bye !



PASTFUTURE
Hello;


Hi *wave hand* . Welcome to my site. Nice to meet you :)

Shout !


Memory
Forget what hurt you in the past. But never forget what it taught you :)
  • Anti-Boys ?
  • Tak payah pergi la macam tu.. -,-'
  • Oh My Cat .. T_T
  • Aku malu ! malu sangat ! sakit hati ! sedih ! T_T
  • Oh My Keychain !
  • Broomm broomm..
  • I'm a touching girl !! ^_^
  • Cuaakkk seeyyyhh !!!
  • Aku bukan sombong , cuma ..
  • Not Funny At All, you know !!

  • Big Clap!
    Template :Masterly_elmo
    Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
    Pictures : We Heart It
    Best View : Google Chrome