Follow Dashboard
Little Thing..
About Affiliates Entry
//Sebiru Hari Ini

What ? Me ? Slim ? o,0'
Sunday 15 July 2012 • 5:26 pm • 0 comments


Assalamualaikum..
Holla ! Aku baru balik dari rumah nenek aku. Ada tahlil sikit. Kat sana, aku lonely.Dari mula datang sampai la balik, cakap berapa patah je. Tak sampai 20 patah. Hebat kan aku ?Entahla. Aku dengan orang yang aku tak rapat, aku pendiam sikit.Aku banyak cakap dengan orang-orang yang aku rapat je. Saya bukan sombong ye.Harap faham. Aiyyooo.. Tadi malu gila la. Masa balik tadi, aku salam dengan makcik aku.
Then makcik aku kata, "Bila diet ye ? Nampak kurus je."#ada sesetengah panggil aku Bila, ada sesetengah panggil aku Bella. Then aku cakap, "Mane ade.. ". Lepastu, yang lain cakap dengan serentak "Yeeeee !".

Ewahh ! Memandai je diorang cakap aku diet. Mentang-mentangla tadi aku makan sate 3 cucuk. Masalahnya tadi memang kenyang gila. 3 cucuk tu pun aku makan 10 minit tau  Tak tipu ! Nak tau tak sampai rumah je aku buat apa ? Hahaha ! Aku terus tengok cermin. Dalam hati berkata 'Mana ada kurus. Dari dulu same je badan aku. Pelik2.. '. Aku tak pernah terfikir pun nak diet ! Betul ! Aku cuma terfikir nak tinggi je. Haaiihh.. Ntohla.


Huuuuu.. Anak kucing aku sekor dah mati. Tak cukup bulan.. Kecik sangat kucingnya. Bengang gila dengan abang and adik aku. Diorang bukan nak tolong tanam ! Boleh pulak pergi tengok tv ! Aku jugak yang kene mencangkul, korek tanah, tanamkan. Masa tu memang aku tak nangis. Tapi malam tu, tak semena-mena aku menangis. Teringatkan Si Botak. Rindu kat Botak... Aku rindu nak tengok muka blur dia.. Aku rindu nak dengar bunyi pinggan pecah jatuh dari atas meja, aku rindu nak pegang kepala dia, aku rindu nak dengar dia 'miooww..'. Rindu botak.. T_T

Hari Jumaat haritu kan, hari yang terakhir ustazah aku di SMK Meru. Sedihnya.. Ustazah Hasifah ajar best kott ! Sape la agaknya yang gantikan ustazah. Akan ku tunggu siapakah gerangannya. Haritu tengok Nurus nangis, tak semena-mena air mata aku bergenang. Aku dah kata, aku tak boleh tengok orang menangis. Haiihhh.. Jiwa cengeng betul la aku ni. Takpe, kalau rindu dekat ustazah, pergi je rumah ustazah. Aku dengan ustazah kan sepupu. #doublejerk. Tapi ustazah tak ingat aku. Tapi kalau ustazah Hashima, pantang jumpa aku mesti kene sakat. Wat lek wat chill. Minggu depan ada majlis berbuka puasa kat rumah nenek aku. Mesti jumpa ustazah punya la ! hehe.. #dulu aku panggil dorang Kak Sipah, Kak Shima. Sekarang dah terbiasa panggil ustazah pulak.. :)






Hari Jumaat tu jugala, abang aku accident. Seram sejuk aku mendengarnya. Abang aku naik motor. Masa nak belok, tak nampak ada van kat sebelah dia. Apa lagi, bergesel la dengan abang aku. Dah seronok bergesel dengan van, terseret pulak atas jalan. Huuuiiihhh.. Lengan baju sekolah dia koyak kot.. Means teruk la kan ? haha ! Cermin motor pecah sebelah. Bukan pecah je, tertanggal sekali. Aku tengok tangan abang aku, aku pulak yang rasa sakitnya. Lukanya dari bahu sampai ke tangan. huuuu.. Tu la. Aku memang tak suka gila abang aku bawak motor. Macam pelesit ! Kalau tak serik lagi, aku tak taula.


Okeyyla.. Aku chow dulu. Bye bye ! :D


Hurrrr.. Nampaknya awak tak paham bahasa. Bukan ke saya dah tulis dengan jelas 'copycats not allowed' ? Keciann.. Tak nampak ya ? Nanti saya tulis benda alah tu BESAR BESAR ye. :)




PASTFUTURE
Hello;


Hi *wave hand* . Welcome to my site. Nice to meet you :)

Shout !


Memory
Forget what hurt you in the past. But never forget what it taught you :)
  • Apa itu KAWAN ?
  • And that's why I smile.. :)
  • I'm so happy !
  • Aku benci kau !
  • Since when ? -,-'
  • Revenge ?
  • Backstabber Friend !
  • Addicted Korea ^_^
  • Anti-Boys ?
  • Tak payah pergi la macam tu.. -,-'

  • Big Clap!
    Template :Masterly_elmo
    Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
    Pictures : We Heart It
    Best View : Google Chrome