
|
Surat Abang Kepada Adik Tersayang....
Saturday, 26 November 2011 • 10:07 pm • 0 comments
Assalamualaikum Friends..
apo kabor..??sehat..??wes mangan..??hehe..
harini aq nak share ngan korang satu citer ni..
bgi aq cter ni sgat2 sdey n mnyntuh jiwa..
tatau la pendapat korang cmne..
aq amik cter ni dri facebook..
hehe..copy paste..
kmungkinan bsor korang da tau kot..
tapi,,tapela..aq ttap nk share ngan korang jgak..
hehe..sediakan tisu tau..!!
okiiee,,
Selamat Membaca..!! [^_^]
Cerita ini mengisahkan tentang seorang adik yan selalu menulis surat untuk abang die..dan dia ta tatau pon abg die blas surat tu..hmmm.. T_T
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku
ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat
kampong..Satu pon x berbalas..
2 Tahun
lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa
dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..
Cuti
sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah
pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang
aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam
ni..
“Khas
buat abangku,
Abg, ko
ingat lagi x..
Mak
ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang
eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah
kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada
satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap
lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..
Sebelum
pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap
“ Abg,
ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat
sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “
Ko
ingat x..
Sebelum
diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut
warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang
umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday
kat aku lagi..Sampai sekarang..
Abg, ko
ingat x..
Kita
hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi
malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak
untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x
penah ucap terima kasih kat aku.
Abg, ko
ingat x..
Pernah
sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik
Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai
mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik
luka tu dah elok..
Abg, ko
ingat x..
Semasa
umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko
ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan
bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??
Sekarang
umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon
disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada
engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai
wali aku..
Abg,
Jika
kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..
Salam
sayang,
Adik.”
Aku
mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang
sangat..
Masa
aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu
kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..
Dan
tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…
“Assalamualaikum..
Kehadapan
adikku yang jauh di mata ..
Maafkan
abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak
berdaya sayang..
Aku
masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan
rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti
kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku,
ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg
jual ikan tu di pekan..
Adikku
sayang..
Aku tau
kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya
kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau
dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah
aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..
Adikku
sayang..
Jangan
lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau
pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak
sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..
Adikku
sayang..
Tahukah
kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di
pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk
membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan
kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg
memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku
tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg
kelihatan seperti pengemis ini..
Adikku
sayang,
siapa
cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum
subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau
tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan
matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..
Adikku
sayang,
aku
malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau
menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar
semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir
hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa
hidupku..
Adikku
sayang,
Maafkan
aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa
kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku
putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai
bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang
orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku
dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu
pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan
menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang
amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci
kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu
mencacatkan wajahmu yang cantik itu..
Adikku
sayang..
Maafkan
aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau
kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di
tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku
terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku
menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg
berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk
batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat
dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..
Sayangku..
Aku
titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari
nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua
hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku
jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..
Adikku
sayang..
Mungkin
tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini
ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..
Untuk
menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu,
TERIMA KASIH.
Untuk
mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman,
TERIMA KASIH.
Untuk
membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.
Untuk
melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.
Untuk
memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.
Untuk
mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.
Untuk
menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.
Untuk
segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.
Adikku
sayang..
sekiranya
engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku
mungkin sudah tiada..
Bahagiakanlah
dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..
Salam
sayang sedalam-dalamnya,
Abang.”
Di
rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg
mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..
Semuanya
berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat
indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..
Ya
Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku..
|
Hello;
![]() Shout !
Memory
Big Clap!
![]() |